Hani's Precious

Monday, March 31, 2014

Selamat Pagi Delhi & Jom Ke Amber Fort

Assalamualaikum...

Pagi2 lagi kami dah bangun & bersiap sebab kol 7.30AM dah nak bertolak ke Jaipur. Anak buah me sewakan van yang depa panggil Tempo. Selesa van tu & boleh isi dalam 12 orang penumpang gitew. Uncle driver & pembantu dia baik & sopan orangnyer tak macam sesetengah orang depa yang kasar dan penipu tu.
 
Lepas sarapan pagi... kami bertolak ke Jaipur. Maka bermulalah pengembaraan kami di bumi India. First time sampaikan... mesti nak bukak mata luas2... tengok pemandangan sekeliling. Walaupun bukan pemandangan yang indah dan menarik tapi tetapi nak tengok jugak sebab ianya akan menjadi kenangan. Kat Delhi ni ramai penduduknyer yang susah & boleh kate merempat... berumah ditepi2 jalan, di pondok menunggu bas. Rumah setinggan diaorang dah macam tempat pembuangan sampah sarap me tengok, sangat2 dhaif. Buang air kecik & besar kat tepi2 jalan dah jadi lumrah kehidupan diaorang. Ramai peminta sedekah & penjual pelbagai barangan yang akan datang ke kenderaan bile kenderaan berhenti bile jam ataupun tunggu lampu isyarat. Depa pun pandai.. depa tuju kat kenderaan yang bawak pelancung2. Me tak nampak pun depa kacau kete2 biasa. Ader satu mase tu... tempo berenti sebab traffic light merah & ader sorang perempuan dukung baby datang ke kenderaan kami... merayu2... punye laa panjang lebar bercakap dengan nada sedih. Me tanya uncle driver, apa dier cakap. Uncle driver jawab "that is the way of business to get money"... hahahaa!! Boleh gitu jawabnyer tapi betul laa aper yang uncle to cakap. Memang cair laa hati me tengok pemintak2 sedekah ni... belum lagi ngan kanak2 & budak2 kecik... hulur laa setakat yang mampu. Kekadang takde duit kecik, so me bagi laa biskut or coklat or gula2 yang ader. Depa terima jer. So sesape yang nak pegi ke India lepas ni, bawak ler duit kecik or makanan2 ringan lebih2 sebab boleh disedekahkan kepada orang2 yang susah nanti. Tapi kene bagi sorok2 sikit, kalau tak nanti kene serbu ngan yang lain2... susah pulak.

Perjalanan dari Delhi ke Jaipur amik mase dalam 5 jam gitu. Me pun menadah ler ipad me kat tingkap tempo tu. Mane2 yang me rase menarik me amik jer gambo. Boleh kate hampir sepanjang perjalanan kami berjumpe dengan kumpulan orang2 berarak sambil bawak bendera & ader sesetengahnyer yang pasang speaker kat atas kenderaan & menyanyi2. Ala2 Thaipusam ler kalau kat Mesia ni.

Dalam perjalanan ke Jaipur, tempat pertama yang kami lawat adalah Amber Fort... Satu kota yang terletak kat sebuah bandar yang dipanggil Amer.  Hebat kota2 lama kat India ni. Kagum me dengan buatannyer. Tourist guide adalah terangkan pasal Amber Fort ni... Dengar laa...tapi malas nak concentrate sangat... Hahaa.. Boleh  baca kat sini la sape2 yg nak tau pasal Amber Fort ni.
 
Kita sarapan dulu

Tengok laa betape kembangnyer rambut si Orkid kalau baru bangun tido
 
 Ni laa antara kumpulan yang berarak tu.. ala2 Thaipusam, cumenyer tak bawak kavadi jer
 
Kat Bandar Amer ni banyak gajah2 untuk bawak tourist menikmati pemandangan
 
Pemandangan dari tempat kami berhenti sebelum menaiki jeep untuk naik ke Amber Fort yang kat atas bukit tu. Memang adventure betul rase naik jeep untuk naik ke Amber Fort tu... kalau Atam ikut, mesti dier dah terjerit2 dalam jeep tu... hahaa...
 
 Photo time.... :D
 
Suasana dalam Amber Fort... kami tak naik pun yang atas2 tu... rugikan... dah datang sesekali patutnyer jelajah habis2 tapi ader yang tak nak laa pulak.. huhuu...
 
 
Toke kambing kuzi yang tak boleh jumpe kambing.. hahahaaa...
 
Pemandangan rumah2 disekeliling Amber Fort
 
Makanan pertama kami di restoran di India. Tak ingat aper nama restoran ni. Kami oder Garlic Nan & Butter Nan yang dimakan dengan Yellow Dhal, Mushroom soup yang macam air kanji jer rupe dan rasenyer & air mango.
Kesimpulannyer... makanan yang sangat simple tapi mahalll & kurenggggss!!! Cume air mango jer yang sedap
 
Okay... kita sambung nanti.

No comments:

Post a Comment