Salam Jumaat.... Penghulu segala hari.
Lama me tak mengN3. Lepas balik dari India... busy macam2 mende, mendobi baju2 kotor, mengagih2kan sebenier, PIL datang rumah, balik kampong majlis perkahwinan cucu saudara & penyakit M jugak.
Sebelum me mengentri kisah2 di India, me nak ambik kesempatan untuk menzahirkan kesedihan atas aper yang berlaku ke atas pesawat MAS MH370. Me berdoa semoga waris2 krew2 penerbangan dan jugak ahli kuarga penumpang sabar & tabah menerima ujian ini. Berdoalah semoga roh2 mereka tenang di sana.
Bayangkan laa... kehilangan pesawat ni berlaku pada hari yang sama me nak berangkat ke India. Pagi 8/3/2014... me bace kisah kehilangan pesawat ni di FB. Memule tu ingat rumors jer tapi bile denga berita kat tv... sahih laa pesawat yang sepatutnyer mendarat di Beijing tapi MIA. Bile me sampai di KLIA pade petang 8hb tu... terdengar paramugari2 bercerita sesame diaorang pasal kehilangan pesawat ni. Dah tentunyer kawan2 diaorang yang kat dalam pesawat tu kan. Sedih & cuak pade mase yang sama. Sedih sebab terbayangkan kemungkinan2 yang buruk pade pesawat yang hilang tu & cuak sebab kami nak flight sekejap lagi.
Macam2 spekulasi yang me dengar pasal kehilangan ni. Sampai ke hari ni... dah masuk hari ke 20 pesawat MH370 hilang & dikatekan tempat terakhirnya adalah di dalam Lautan Hindi. Sekarang usaha mencari tengah dijalankan. 26 Negara berkerjasama mencari & daripada satelit depa dapat kesan seolah2 ada serpihan kapal terbang di permukaan laut tapi fizikalnyer belum lagi dijumpai.
Selepas tragedi kapal tebang jatuh di Tanjung Kupang Johor... me rase ini kisah kedua yang sangat memilukan. Mase tragedi Tanjung Kupang tu umur me 7 tahun... tak berape nak ingat sangat, yang me ingat orang2 tua & dewasa... kecoh2 bercerita pasal tragedi tu. Dan sekarang selepas 37 taun berlaku lagi peristiwa yang hampir sama tapi rasenyer kali ni pencarian lebih susah & banyak persoalan yang timbul.
Sebagai manusia normal, tentunyer kita masih berharap sesuatu yang baik akan berlaku tapi apa2 pun sebagai umat Islam... kita percaya akan qada & qadar Allah S.W.T. Kita harus redha menerimanyer & percaya sesuatu yang berlaku ader hikmahnyer.
Gamba2 yang me dapatkan dari Google mengenai MH370
Pilot & Co Pilot MH370 - Kapten Zaharie Ahmad Shah & Fariq Abdul Hamid
12 anak kapal & 227 penumpang dari pelbagai negara yang terlibat dalam kemalangan ini
PRAY FOR MH370
Al Fatihah untuk krew2 & penumpang2 MH370 yang beragama Islam. Me doakan semoga roh mereka tenang & mendapat keredhaan Allah S.W.T. Aameen!!
No comments:
Post a Comment