Hani's Precious

Tuesday, November 29, 2011

Musim Walimatulurus Dah Tiba

As Salam...

Me cuti lagi hari ni. Hujung minggu baru ni me ada 4 undangan perkawinan, ye la sekarangkan musim cuti sekolah, bermakna musim orang berwalimatulurus ler. 3 undangan pada hari Sabtu (3/12/2011), undangan dari bekas ex CEO me... En Azmi Abu Bakar di Kelab Shah Alam, undangan dari kawan me di Sentul and malamnyer undangan dari boss en hasben di Tasik Titiwangsa.

Hari Ahadnyer (4/12/2011) plak kami memang nak balik ke Taiping, memandangkan ada undangan dari kawan seopis me.... Siti di Sg. Besar yang jemput majlis perkahwinan adik dier, so kami pun ikut jalan lama balik ke Perak. Bergerak dari  Shah Alam dalam kol 8 lebih. Dalam perjalanan As call tanya arah ke Sg Besar... heee.... me ni mane laa tau arah2 nikan... me tau sampai jer. Cikit2 tu boleh laa. So, en hasben le yang bagi arah pada As n kami konvoi mase sampai di Tanjung Karang. 

Sebelum tu bila sampai di Tanjung Karang, me nampak signboard 'Keropok Losong', cam bagus jer ni untuk bawak buah tangan balik ke kampung. Sementara tunggu As sampai, me suruh en hasben berenti kat tempat kopok tu n me beli  3 paket, 1 paker RM5 je n boleh tahan banyak kopoknyer. Pastu kami tunggu As di Petronas Tanjung Karang.

Kami bergerak semula ke Sg. Besar dalam pukul 11 lebih selepas As sampai n sampai di rumah Siti dalam kul 12 lebih. Seronoknyer tengok pemandangan di kampung Siti.... suasana yang memang me dah lama sangat nak rasa. Perkampungan sawah padi, pokok2 padi tengah membesar... tu yang nampak suasana kehijauan jer. Ala2 jakun cikit ler gitu, ye la kampung me mane ada sawah padi.

Sampai di rumah Siti, tetamu tengah ramai n ada 1 kumpulan pakcik2 tengah bermain muzik n berlagu. Me yang memang dah lapar terus berbaris amik nasi n cari tempat duduk. Rombongan pengantin sampai selepas kami habis makan. Me tak boleh nak berlame2 sebab nak balik kampung. Kat rumah Siti ni tempat makan orang lelaki n perempuan berlainan khemah. Me makan sekali ngan As & Na (kakak As). Makan tak abis lagi... toleh2 tengok en hasben dan tunggu kat tepi jalan.... adus!! So bila dier dah tunggu kat tepi jalan tu kena la berhengat2 cikit. Ingat nak ler bersantai2 lagi.

So, kami pun cari Siti n bagitau nak bergerak dah... tak jumpe pun mak dier sbb mase tu tengah sibuk.

Ni gambar sekitar majlis perkahwinan yang sempat d amik.

Ni gambar orang main gamelan di majlis perkahwinan anak ex boss di Kelab Shah Alam. Gamba penganti tak dan nak amik

Kalau di Kelab Shah Alam, ada orang main gamelan di majlis perkahwinan anak boss en hasben lak ada orang main begpipe... anak tentera ler katakan

Haa... ni pemandangan sawah padi yang sungguh mendamaikan di kampung Siti

Suker sangat dapat gamba berlatar belakangkan sawah padi

Pasangan pengantin adik Siti dan isterinyer

Me, As & Na

Pengantin sedang membaling gula2

Berebut2 anak2 mengutip gula2

Pemandangan yang sinonim kat sawah padi - sawah, pokok pisang & teratai. Petang2 ni mesti best...nyaman jerkan

Yang ni baru ditanam

No comments:

Post a Comment