Lunch our sekarang ni.... me malas nak p makan (penyakit yang memang ada sejak dulu) makan ikut mood, kalau nak makan...makan... bila penyakit tak nak makan datang... tak kisah pun nak makan sampai lah perut pedih mintak diisi baru p makan.
Kali ni me nak cite pasal pokok ribu-ribu. Bebudak sekarang ni mesti tak kenal pokok ni kan. Rasanye sekarang ni pun dah susah nak jumpa pokok ni. Me terjumpa pokok ribu-ribu ni masa p amik buah duku di dusun me dulu. Saje jer me masukkan dalam blog sebab rasanye pokok ni macam dah nak pupus jer... kategori specis terancam... hee.
Seingat me ler... mase me kecik2 dulu orang guna pokok ni masa majlis potong jambul, diaorang letakkan di keliling buah kelapa yang diorang masukkan rambut baby selepas rambut baby dipotong. Rasanye ada jugak digunakan untuk tujuan perubatan atau sessi ngan tok2 bomoh. Orang melayu dulu2kan suka p jumpa bomoh/dukun tapi sekarang ni rasanye dah kurang banyak la.
Ni gamba pokok ribu2 tu... tak tau lak nape pokok ni dipanggil pokok ribu2, me agak sebab daun pokok ni kecik2 halus2 dan ada banyak beribu2.
Ni gamba pokok ribu2 tu... tak tau lak nape pokok ni dipanggil pokok ribu2, me agak sebab daun pokok ni kecik2 halus2 dan ada banyak beribu2.
Pandangan dari atas
Pandangan dari tepi
No comments:
Post a Comment