Hari ni me cuti, saje jer cuti sebab nak menghabiskan cuti tahunan. Kalau tak abis nanti burn camtu jer... rugikan. Nak citer pasal teko2 mini pulak kali ni.
Selain daripada cat lover, me ni pun teapot lover jugak. Bagi orang yang tak minat...mesti kata... tah ape2... membazir duit jer. Memang le membazir bagi yang tak minat... tapi bagi yang minat tak leh nak kata ape, memang le kena meleburkan duit untuk mendapatkannye, takkan ler sentiasa leh dapat free. Me ada banyak koleksi teko2 mini. Kali ni me nak n3 teko2 mini dari tempat yang paling jauh dulu.
Teko2 cinonet ni me beli d carboot sale masa p bercuti di UK tahun 2007 dulu. Carboot sale ni tak jauh dari stadium Wimbledon tapi bukan stadium Wimbledon tempat sukan tenis tu, stadium ni untuk perlumbaan anjing.... omputih nikan... anjing pun nak disuruhnyer berlumba. Masa d 1st n 2nd carboot sale lagi dah tercari2 teko2 comel tapi tak jumpa... tak ingat apa nama tempat carboot sale yang pertama n kedua tu. Regenye kalau tak silap me 1 atau 2 pound... tah ler dah tak berapa ingat.. dah lame ler. Bestnyer p car boot sale... tak beli pun leh jamu mata, mcm2 menda ade.
Yang ni bukan beli d carboot sale tapi d salah sebuah kedai sebenier tak jauh dari Trafalgar Square. Saje je wat kenangan.
Sampai di sini dulu. Nanti sambung citer pasal teko2 mini lagi yang sememangnyer ada pelbagai dalam simpanan me.
No comments:
Post a Comment