Hani's Precious

Monday, October 13, 2014

Tragedi MH17

Assalamualaikum...

Walaupun dah lama berlalu tapi me tetap nak masukkan jugak dalam blog me ni sebagai tanda ingatan.

Pesawat MAS MH17 yang ditembak jatuh lalu terhempas di ruang udara Ukraine pada 17 Julai 2014 semasa dalam perjalanan dari Amsterdam pada Khamis, 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada hari berikutnya yang mengorbankan seramai 283 penumpang dan 15 anak kapal.
 
Berita ni amat menggemparkan kerana selang masa yang tidak lama dengan peristiwa MH370. Bertimpa2 ujian untuk Mesia. Mase memule dapat wsp dari kengkawan... me cam tak caye... betul ke diaorang ni... sebabkan sekarang ni banyak berita2 palsu yang disebarkan melalui media sosial. Lepas tu me bukak tv Bernama dan memang sah satu lagi kapal terbang mesia ditimpa kemalangan.

Setakat hari ni... dah 42 jenazah berjaya dikenalpasti & dibawak balik ke Mesia. Tinggal lagi 2 jer lagi yang belum dapat dikenalpasti. Mesti kaum kuarga tertunggu2 kepulangan diaorangkan. Hanya Allah yang maha mengetahui setiap sesuatu yang berlaku.
 
 Al Fatihah untuk mangsa2 MH17 yang beragama Islam
 
 Ni mase ketibaan kumpulan pertama jenazah2 mangsa MH17 dari Belanda. Sedihnyer hati... walapun bukan adik beradik, ahli kuarga or orang yang kita kenal yang terlibat dalam kemalangan tu tapi perasaan sayu & sedih tak dapat diselindung... panas rasenyer mata me ni sebab banyak sangat menangis

 
 

 Ni antara gambo mangsa2 yang terlibat dalam kemalangan. Gambo2 yang me amik dari fb. Sedih sangat biler tengok anak2 kecik yang kehilangan ayah or ibu. Ader yang masih belum faham... tapi yang mane dah besar ckit & dah faham tu lagi laa sedih... Depa nanges... me pun nanges jugak... Sedih sangattt...




2 jenazah kuarga Tambi yang balik ke Mesia... wife & anak sulung

Sekeluarga pergi dijemput Allah SWT. Alhamdulillah, kuarga ni akhirnya bersatu semula sebelum hari raya Aidil Adha baru2 ni
 
 
Semoga roh mereka semua tenang di sana. Aamiin!!
 
Berdoalah kita supaya tidak ader lagi kemalangan yang serupa atau yang lebih dashyat lagi berlaku kepada kita semua. Mohonlah perlindungan kepada Allah swt. ALLAH sebaik2 tempat mengadu & tempat memohon perlindungan & keampunan.

No comments:

Post a Comment