Hani's Precious

Wednesday, October 15, 2014

Bazar Karat @ Tanjung Gading Muar

Salam Sejahtera,

Odw balik ke Muo dari Melaka hari tu, kami singgah di Bazar Karat kat Tanjung Gading.. tapi kalau dari arah Melaka tu kena  buat u turn. Bazar Karat okay bukan Pasar Karat, yang pasar karat tu kat tempat lain... tak jauh sangat laa dari Bazar Karat ni.
Bazar Karat ni terletak di bangunan kedai  sederet... ader dalam 3 - 4 pintu kedai gitew. Bazar Karat ni kat kedai yang tengah2, sebelahnyer ader kedai makan & satu lagi kedai tak perasan kedai aper.

Layan jer lah gambo2 yang me amik ni.

Cun melecun pinggan ayan tu kan... Hampir2 nak dibawak balik hari tu.. Heee...


Barang2 tembaga pun banyak tapi me tak minat

Yang ni me suke tengok... Pelbagai design acuan kuih bahalu dulu2

Koleksi lencana sekolah

Pinggan mangkuk JG Meakin, cawan white sakura & gelas2 retro


 Budak2 sekarang mesti tak kenal aper mende ni kan. Ni laa mesin getah bunga. Lepas getah2 dileperkan menggunakan mesin getah biasa, last sekali getah yang dah leper tu dimasukkan ke dalam mesin getah yang bercorak ni, so terhasil laa corak kat getah keping tu. Kat kampong me mesin getah ni diaorang panggil beris

Aper2 pun mende2 yang kat 3 gambo terakhir ni yang buatkan me rase cam tak nak balik jer... Hahahaaa.. Surga dunia PML. Rege berbaloi... lebih murah dari harga pasaran or kat Amcorp Mall


 
Lepas ni ke Pasar Karat Santai pulak...

No comments:

Post a Comment