Hani's Precious

Tuesday, September 30, 2014

Makan Malam Di RestoranTomyam 2000

Assalamualaikum...

Genap 3 bulan me cuti berblog... Heee... lame tu tapi cuti mengentry jer.. blog walking hari2 pun buat. Perasaan nak berblog semula tu dah berminggu jugak adernyer tapi ader hal2 lain yang lebih penting untuk dibuat.
 
So mulai sekarang me akan ber'throwback' ler untuk kisah2 3 bulan yang lalu... yang mane me rase me nak masukkan dalam blog me ni... untuk kenang2an. Bior ler orang nak cakap citer dah basi pun... ader me kisah... Hahahaaa.

3 bulan yang lepas, pada 26/6/2014 me & Somi dinner di Restoran Tomyam 2000 kat Bandar Kajang. Kalau di Kampung Baru ader Restoran Tomyam 3000, kat Kajang ader pulak Restoran Tomyam  2000. Wawa & Ary belanja sempena Chimah & family dah nak balik ke India pada 28/6/2014. Depa cuti 2 minggu jer kat Mesia kali ni.

1st time makan kat restoran ni. Boleh tahan jugak makanan dier. Ramai jugak customer kat kedai ni & ader beberape family dari kaum Cina jugak. Selalunyer orang cakap... Kalau orang Cina mai makan tu... tandanyer sedap laa makanan kat tempat tu.
 
 Posing2 sementara menunggu makanan sampai..

Antara makanan2 yang diorder


Jom makan...
 
Terima kasih to Wawa & Ary yang belanja kami dinner malam tu. Semoga Allah memurahkan lagi rezeki kalian berdua. Aamiin!!

No comments:

Post a Comment