As Salam...
Meneruskan kisah2 & citer2 throwback 3 bulan yang lalu... In Shaa Allah, me akan entry kisah2 tu sikit2.
Ni kisah pasal buah2an lagi... tak sah ler kalau balik Muo tapi tak bawak balik buah2an ke KL kan.
Buah2 manggis dari sekeliling rumah Atam. Kali ni manggis ni kecik2 saiznyer tapi rasenyer manis... tak macam sebelum2 ni, besar2 tapi rasenyer agak masam. Mungkin disebabkan cuaca yang panas & kurang hujan
Buah2 markisa ni dari rumah Abang Subadi & Kak Ann di Simpang 5. Geram tengok buah2 mariksa ni tapi me kureng cikit sebab tak berape suker rase & bau dier tu
Buah mangga chokanan & buah ciku dari rumah Abang Zulia... yang ni beli murah2 jer. Datang rumah Abang Zulia sebenarnya nak beli telur itik yang diasinkan tapi macam2 pulak yang dibawak balik... hahaaa...
Haaaa... ni buah durian dari kebun me... Alhamdulillah... walaupun tak berapa lebat buah2 durian ni untuk musim kali ni dan me pulak jarang balik ke Muo tapi kalau dah rezeki tu tak ke mana kan. Biler me datang ke kebun... tergolek2 buah2 durian tu tunggu tuan dier datang punggut... Terima kasih Ya Allah..
Dan bagi me yang agak peliknyer buah durian ni... kat tengah2 kulit buah durian... antara 2 pangsa tu ader seulas durian lagi yang masak & boleh dimakan.
Sebelum2 ni me memang penah jumpa dalam durian ader durian iaitu dalam buah durian tu selain ader isi durian yang boleh dimakan... kat tengah2 buah tu macam ader 1 lagi buah durian yang berduri... tapi yang macam ni 1st time me jumpe
Habisss sudah...
Alhamdulillah... rezeki dari Allah... takde yang pelik sekiranyer Allah berkehendakkan sesuatu. Kita sebagai makhluknyer mestilah bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh NYA.
No comments:
Post a Comment