As Salam...
Lepas solat maghrib... kami kuar pi makan malam. Me nak makan mee udang & abang me bawak kami ke Warung Din Skot di Bagan Belat. Speciality dier ialah Mee Udang, Ikan Bakar & Satay tapi makanan2 lain pun ader. Warong Pak Din ni betul2 kat hujung bagan.. tepi laut. Boleh nampak pulau (Pulau Pinang yang bahagian pulau) dari warung dier ni. Mase kami datang hari tu kan malam... so nampak lampu2 jer lah. Kalau siang mesti nampak bangunan2 kat pulau tu.
Nak habaq hang... Mee Udang dier memang sedap. Menepati selera me & rase dier ala2 Mee Rebus Johor gitew. Satay & kuah kacang dier pun sedap. Ikan bakar tak try lagi. Nanti bebile kalau ader rezeki nak datang ke sini lagi & try ikan bakar & makanan lain pulak. Kalau dapat nak datang waktu siang sebab nak tengok pemandangan laut & pulau.
Ni banner warung tu, ader alamat & waktu perniagaan sekali. Sesiape yang teringin boleh laa pi tapi bagi orang yang 1st time nak pi, susah jugak rasenyer nak sampai kat warong Pak Din ni sebab faktor kedudukan dier yang jauh di hujung bagan, kene lalu jalan2 kecik or lorong di kawasan rumah2 kampong tapi kalau nak tu seribu daya laa kan & memang berbaloi laa kalau dah sampai ke di warong Pak Din ni
Satay & Mee Udang
Close up sikit kat mee udang me... Nyamannn kate orang Sarawak
Tetamu istimewa kami malam tu.. budak bulus ni
Alhamdulillah Allah kerana masih mengizikan & memberikan kami rezeki untuk hidup di muka bumi mu ini.
No comments:
Post a Comment