"Hukuman Hudud ( حدود ) adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim".
Akhirnyer Negara jiran, Brunei Darussalam yang lebih dulu laksanakan hukum hudud ni. Tahniah diucapkan pada Sultan Brunei , Sultan Hassanal Bolkiah.
Mesia... bile lagi? Ehhh!!! Mesia tak perlu hukum hudud. Mesia masih aman.... kata piem mesia.
Memang betul... mesia takde perang macam kat Mesir, Syria... tapi dengan kejadian jenayah yang sangat2 menakutkan sekarang ni, bagi me mesia bukan lagi negara yang aman. Setiap hari ader jer jenayah rompak, bunuh, ragut, rogol. Seingat me dulu2 mase me kecik, susah nak denga ader kejadian bunuh-membunuh ni. Setahun mungkin sekali or 2 jer kuar kat berita tapi sekarang boleh kate tiap2 hari ader. Tengah lepak2 kat kedai mamak kena bunuh, kat tempat keje kena bunuh, hatta kat dalam rumah pun kene bunuh. Jenayah2 lain cam rompak, ragut, rogol, simbah asid tu bersepah2. Semakin hari semakin membimbangkan. Camane laa mase depan mesia nantikan. Ya Allah, lindungilah kami semua daripada perkara yang tidak diingini.
Biler me compare dari segi keamanan individu, sekarang dengan dulu... memang jauh bezanyer. Dulu2 me balik keje, kalau setakat kol 9.00 pm or 9.30 pm, memang dah jadi lumrah seharian me ler. Memula keje naik bas, balik keje memalam, saing ngan kawan2 ke stesen bas, kekadang cume ader kawan separuh jalan jer sebab tempat tunggu bas tak same. Kekadang balik kol 10.00 pm, tunggu teksi kat depan opis, kadang2 ader kawan tapi selalu gak sorang. Tapi mase tu takde risau or takut cam sekarang. Tak dinafikan, perasaan bimbang tu ader, ya laa... memalam naik teksi sesorang, terpikir dalam ati, kalau laa aper2 berlaku camane tapi tahap ketakutan or kebimbangan tu takde laa cam sekarang. Sekarang ni toksah malam, siang pun me risau nak kuar rumah sesorang. Nak ikutkan dari rumah me ni nak kuar ke KL tu cuma 10 minit jer kalau naik LRT, anytime leh kuar gi Sogo or Jalan TAR tapi disebabkan rase takut, bimbang, terpikir macam2 perkara jenayah sekarang ni... me jadi takut. Kalau tak berteman, susah laa me nak kuar rumah sorang2 sekarang ni.
Satu mase tu sibuk pasal simbah asid, seriau me kalau jalan2 kat luar tu. Mane nak sangkakan, tengah jalan2 or berdiri tepi jalan tunggu jalan lengang sebab nak menyeberang jalan tetibe kena simbah asid. Bila citer pasal sane kena simbah asid, sini kena simbah asid... me jadik phobia biler tengah berdiri tepi jalan & ader mamat motor lalu. Ngape laa diaorang ni busuk ati sangatkan... ko ader masalah mental ke aper, suke tengok orang lain menderita.
Sekarang ni macam2 cara digunakan untuk menyamun, merompak... sampaikan kalau orang tu betul2 ader masalah kete or moto kat tengah jalan pun kita jadik takut nak tolong... betul ke tidak ni? betul ke tidak ni dier dalam kesusahan? Menipu ke aper ni?
Belum kisah dalam rumah or pejabat. Haruan makan anak, suami dera isteri, anak kene dera setengah mati, zina, liwat, rogol. Rasuah lagi satu hal, dah jadi cam amalan lak bagi sesetengah orang. Menipu, makan duit syarikat, duit anak yatim... tak rase bersalah langsung.
Masih aman ke Mesia dengan keadaan semase yang macam ni? Korang pikir laa sendiri!!
Jalan penyelesaianyer... laksanakanlah HUDUD. Me tak kate jenayah akan terus kurang 100% tapi cayelah, orang2 yang nak buat jahat or jenayah tu mesti ader rase takut dalam hati dier..."aku mencuri ni nanti, kalau kena tangkap... tak pasal2 tangan aku kena potong" or "aku berzina ni nanti, kalau kena tangkap... sure aku kena rejam sampai mati". Perompak, perogol, pembunuh, penyamun, penzina, pemabuk, pendera, perasuah, penipu dan yang seangkatan dengannyer mesti akan berpikir sebelum diaorang buat keje jahat diaorang tu. Lama kelamaan, jenayah & perkara2 tak elok ni akan berkurangan dari semase ke semase dan hasilnyer semakin aman laa negara. Kecuali ler, perompak, perogol, pembunuh, penyamun, penzina, pemabuk, pendera, perasuah, penipu tu sememangnyer tegar yang rase dier lebih kebal dari undang2 dunia dan jugak undang2 Allah.
وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ
Maksudnya :
"Dan hendaklah engkau menjalankan hukuman diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga - jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada kamu."
|
"Ya Allah ya Tuhanku, bukakkanlah pintu hati orang2 yang berkuasa di Malaysia ni untuk melaksanakan hukum Mu Ya Allah". Aminnn!!!
Gamba2 ni me amik dari Google. Terima kasih diucapkan kepada penyumbang... Sharing is Caring.
No comments:
Post a Comment