Sambung lagi...
Selepas balik dari Mekong hari tu, kami balik ke hotel sekejap, petangnyer kami kuar semula. Sebahagian pi shopping tapi me & en asben joint group ke Muzium Peperangan. Me ingatkan muzium ni macam muzium yang me tengok kat dalam tv tu, yang banyak tengkorak2 tu tapi bukan rupenyer. Abang me kate muzium yang banyak tengkorak tu kat Cambodia.

Kat muzium ni banyak dipamerkan gamba2 semasa peperangan, mangsa2 perang, senjata2 dan juga kenderaan2 tinggalan tentera US yang digunakan semasa perang dulu. Sedih me tengok gamba2 mangsa perang, tak kira orang tua or kanak2 semuanyer jadi mangsa tentera US yang zalim.
En Asben & kawan2 sebelum bertolak ke muzium
Episode sedih bermula. Tengok gamba ni, hutan yang satu mase dulu subur hijau merimbun, tempat tinggal, tempat bermain dan mencari makan jadi padang jarak padang tekukur bile dibom oleh tentera US
Yang ni pulak, pasangan suami-isteri yang meniaga hasil laut di pasar, tetibe si suami perasan si isteri dah mati tergolek dan barang jualan berterabur disebabkan si isteri terkena peluru sesat
Seorang ibu dan 4 orang anak sedang berusaha menyeberang sungai untuk menyelamatkan diri
Yang ni antara gamba mangsa2 bom beracun tentera US yang menyebabkan kelahiran cacat
Mata buta, cacat anggota dan macam2 lagi
Mayat bergelimpangan dimane2
Tengok la kezaliman tentera US, manusia tanpa perasaan, kalau ada perasan, diaorang takkan buat kezaliman pada orang lain
Yang ni menambah lagi kesedihan me, kisah seorang abang dan adiknyer yang terserempak dengan tentera US, si abang berusaha melindungi si adik tapi akhirnya kedua2nye mati dibunuh. Tak tau la kalau ader orang yang tengok setakat tengok jer, bagi me gamba2 ni semua sangat2 memilukan perasaan
Poster2 yang dipamirkan di tingkat bawah muzium
No comments:
Post a Comment