Hani's Precious

Monday, September 24, 2012

Vietnam Trip Part 1

Assalamualaikum,

Lamer dah me tak wat n3, banyak faktornya nape tak dapat wat n3. So, n3-n3 lepas ni kebanyakkannyer adalah n3-n3 yang tertangguh ler.

Lame dah me tak pi bercuti jauh.  Last me pi bercuti  di luar negara  taun 2009 dulu, waktu tu trip ke Bandung. Sebelum pose hari tu pada 7/7/2012 (dah 2 bulan lebih dah) ... me makan angin ke Vietnam.  Same macam trip ke Bandung., kali ni pun me & en asben pi sekali ngan abang & kakak ipar me (Abang  Bakar & Kak Zainah). Kami pi follow Syifaa Travel Agensi. Trip kali ni 4 hari 3 malam. Pegi tengahari Sabtu & balik petang Selasa (10/7/2012). Rombangan kami dalam 28 orang jer.

Sampai di Ho Chi Minh dalam pukul 1.30 tenghari waktu Vietnam, waktu Vietnam lewat sejam dari waktu Mesia. Kami disambut dengan hujan selamat datang... tapi takde laa lebat sangat. Tempat pertama yang kami pi selepas kuar dari airport ialah kedai pakaian muslimah Hajah Bashiroh. Kedai dier kecik jer & mak2 bonda masing2 bersesak2 pilih telekung & baju2 kurung yang sememangnyer cantik dihias sequin. Regernyer memang bebaloi2 compare ngan reger kat Mesia, mane laa mak2 bonda tu tak rambang mata. Mulenyer me cam malas jer nak turun sebab ramai sangat orang kat dalam kedai tu tapi bosan menunggu kat dalam bas, akhirnye me turun gak & terbeli le jugak selai maxi yang bersequin.

Kemudian kami check in di Dragon Hotel, petangnyer kami dibawa sight seeing di bandar Ho Chi Minh &  gi makan malam di restoran Saigon Seri Penang, mak oiii sedapnyer masakan diaorang. Habis licin disebabkan masing2 kelaparan & makanan yang sedap.  Selesai makan malam, me, en. asben abang bakar & kak zainah ikut kak Normi & kak Zaidah pi ke kedai Rahmah. Group yang lain pi ke Ben Than night market. Berjam2 kami duduk memilih baju & telekung di kedai Rahmah. Kali ni me pulak yang rambang mata, tak tau nak pilih mane satu. Semuanyer cantik2 & murah... telekung, baju kurung mp; jubah. Balik dari kedai Rahmah, walaupun mase tu dah lewat malam, sempat lagi kami ke Ben Than night market, pergi & balik berjalan kaki jer dari & ke hotel.

Hari kedua selepas bersarapan di hotel (sarapan roti & buah2an jer sebab yang lain tu takut tak halal) kami bertolak ke Gu Chi, ni tempat peperangan mase perang Vietnam & US dulu. Kami diberi penerangan dan di bawa melawat ke tempat2 yang mereka gunakan mase perang dulu. Sangat2 mengagumkan bile tengok tempat dan macamana diorang survive mase perang dulu. Diaorang memang sangat2 punya semangat juang yang tinggi untuk menentang US & menyelamatkan negara diaorang. Balik dari tempat perperangan kami makan tengahari di Satay House... lagi sekali makanan licin licau sebab masing2 dah penat & lapar. Takut me tengok en asben me makan... 3x tambah tu. Sampai semula di Bandar Ho Chi Minh, kami semua diturunkan di Ben Than Market. Ben Than Market day market ni ditutup pada pukul 5 petang dan malamnyer akan diadakan night market di jalan raya berhadapan ngan Ben Than day market tu. Hmm...kebanyakkan perangai peniaga2 di pasar ni memang menguji kesabaran me.  Me malas nak citer tapi sape yang dah pegi mesti tau aper yang me maksudkan. Me tak berlame2 di sini sebab bosan ngan perangai peniaga2 tu. Me beli t-shirt, jalan2 sekejap & akhirnyer me & en. hasben angkat kaki dari tempat tu. Kami dah berpecah ngan orang2 lain mase tu, masing2 sibuk ngan aktiviti sendiri. Kami jalan2 & pusing2 di bandar Ho Chi Minh. Di mane2 pun kami berjumpe ngan orang Mesia...hee.. memang betul ler, orang Mesia ni kuat bershopping. Balik ke hotel dan makan malam sekali lagi di  restoran Saigon Seri Penang. Pelik... walaupun tak berape lapar sebab dah makan banyak mase lunch di Satay House, me tetap dapat melicinkan nasi waktu makan malam di  Saigon Seri Penang. Memang sedap2 makanan di sini, kalau laa restoran2 ni ader di Mesia, mesti me jadik pelanggan tetapnyer. 

Ni antara gambar2 semasa di Vietnam untuk kenangan me.

Di depan masjid di tengah bandar Ho Chi Minh

Berlatarbelakangkan bandar Ho Chi Minh, di hadapan tugu/patung Ho Chi Minh

Ni pejabat pos yang popular tu

Suasana di dalam pejabat pos

Menjamu selera di restoran Saigon Seri Penang

Penerangan mengenai peperangan Vietnam

Lorong Tikus, 4 layer under ground, berakhir di Sg. Mekong. Sengsara sungguh mase peperangankan.

Pintu lorong tikus, muat2 badan jer. Kalau orang Mesia mesti ramai yang tak lepas ni, stuck dalam lubang tu.

Tengok ni muat2 badan jerkan...

Bom2 tinggalan tentera US, macam2 size ader... memang nak membunuh orang ni..

K sampai sini dulu... sambung di Part 2 pulak.

No comments:

Post a Comment