Hani's Precious

Thursday, May 5, 2011

Hunting PML D Kamunting

Assalamualaikum,


Lama me tak citer pasal PMLkan. Selain masa yang tak mengizinkan, cam me cakap dulu barang2 yang dibeli belum dapat dikumpulkan sekali. Bila dah berkumpul nanti baru me nak wat n3nye.
Kali ni citer pasal hunting PML d Kamunting masa balik Taiping ziarah Pak sakit 2 minggu lepas, hehee...sempat lagi tuu.  Memang pun kalau balik ke Taiping, me jarang melepaskan peluang untuk pegi ke pasar minggu Kamunting tu. Pasar tu diadakan pada hari Sabtu & Ahad setiap minggu. Sebabnya kat pasar minggu ni antara tempat me mencari PML & rege PML kat sini lebih murah berbanding di pasar karat Stadium Shah Alam & Amcorp Mall. 

Dah beberapa kali me pegi kat pasar karat ni tapi kali me rasanya baru 1st time me terjumpa ngan seller yang sorang ni, fuyooo... barang2 dia memang wat me tergamam sekejap...banyaknyerrr PML. Tu pun ada separuh lagi duk dalam van, dia tak kuarkan sebab tak cukup tempat katanye. Rugi lak me tak amik gamba dia & barang2 dia tu. Tak teringat le nak ambik gambonye sebabnye masa me sampai dah tengahari, punya la panas terik & yang keduanya sebab tergamam tengok PML2 yang memang superb n pelbagai d depan mata.  Seller tu pun tengah dok mengemas dah nak balik sebenornya. Kalau d ikutkan ati memang mcm2 me nak angkut bawak balik. Banyak PML2 yang susah nak jumpa kat sini dia ada, tapi kena la tahan perasaan sbb rm tak berapa mengizinkan.

Barang2 yang me rembat hari tu - cawan mulut lebar gamba ikan mas (antara barang pertama yang me terpandang masa sampai kat situ n hati me terus dalam hati ada taman), me penah tengok cawan ni dalam blog salah sorang otai PML. Lepas tu me beli mug BK yang memang dah lama me cari. Tapi me terkilan sbb cawan kopitiam biru yang me berkenan dah ada orang book (susah nak dapat cawan kopitiam biru ni, selalunya kaler hijau jer).

Lepas tu me singgah lak kat seller yg lain & me beli teko sakura mini & cetak kuih putu kacang (tempat me panggil kuih koye). Dulu masa kecik2, me selalu tolong arwah mak me wat kuih ni bila nak raya. Sakit2 ibu jari menekan tepung kuih tu ke dalam cetak dia.

Ni la gamba2 hasil rembatan me d pasar karat Kamunting kali ni... regenya masih berbaloi2.


cawan mulut lebar ikan mas (macam tak caye jer me boleh dapat cawan ni)

teko mini white sakura

Mug BK

Cetak Kuih Putu Kacang


No comments:

Post a Comment