Hani's Precious

Sunday, May 29, 2011

Cuti Balik Kampung D Taiping

Salam Semua,

Baru2 ni me amik cuti 3 hari balik kampung d Taiping (20 to 24/5/2011). Kami bertolak dalam kul 3pm,  ptg Jumaat dari S.Alam. Kali ni en husband ikut jalan lama d Kuang & keluar kat Tanjung Malim. Kami singgah di Tanjung Malim & me amik kesempatan cari kedai apeks. Seronok sebab jumpa 2 kedai apeks tapi frust ler sebab semuanya dah kekeringan barang2 lama. 

Kemudian kami teruskan perjalanan, sampai di Bidor kami singgah lagi 2 buah kedai apeks,  serope cam kat Tanjung Malim gak....tak dak hasil pun... frust lagiii.

Sampai d Taiping dah malam, terus ke hospital tengok pak. Keadaan pak masih tak berapa ok lagi, masih guna mesin untuk sedut cecair yang keluar dari tempat pembedahan d kaki pak. Amik mak d hospital n terus balik ke rumah.

Esoknye pagi Sabtu kami pegi lagi ke hospital, ziarah pak n hantar mak untuk temankan pak. Kemudian kami keluar ke bandar Taiping untuk cari barang dapur... tapikan sebelum ke Giant untuk beli barang2 tu... sempat me menyinggah ke pasar karat Kamunting. Hee... tak melepaskan peluang ler. Hajat d hati tu nak ler pegi ke gerai seller pml yang superb tuu, yang me beli cawan ml ikan emas dulu tu tapi hampanyer... pusing punya pusing cari dia takde pun. Tak niaga laa pulak!!  Ada sorang seller pml, okay gak laa barang2 dia tapi takde lak yang me berkenan. 

Masa me pusing2 tu tetiba me ternampak barang yang memang dah lama me carik... haaa tarmos air panas/flusk air lama, me suka tengok gamba2 munga kat badan tarmos ni. Teringat dulu2nyer tarmos air panas.... cantik berbunga2 badannyer. Sekarang memang susah ler nak dapat. Ada 1 me jumpa kat kedai apeks Jalan Pasar tapi tak seori yang lama ni. Rege seller tu letak RM 18 tapi me dapat RM 12 jer... nak tawar RM 10 tak sampai ati la plak. Cian dier niaga tengah2 panas terik. Sekurang2nya ada lak jugak hasil hunting d pasar karat Kamunting kali ni. Dari takdekan.

Lepas tu kami terus ke Giant untuk beli barang dapur. Masa nak balik semula ke hospital, me singgah ke kedai apeks yang me selalu pegi sebelum ni. Me beli 2 biji teko cina BK. Hajatnya nak tolak kat K.Amy d pasar karat stadium S.Alam nanti. Kemudian balik semula ke Hospital. Sampai d hospital, pak bagitau yg dia dah boleh balik rumah. Uruskan dokumen2 yg patut & bawak  pak balik ke rumah.

Hari Ahad kami ke Kamunting lagi, nak cari ayam kampung sebab pak nak makan sup ayam kampung tapi sambil menyelam minum air ler.. hee... mane ler tau kot2 seller pml tu niaga tapi hampa lagi sekali... dia tak der jugak & ayam kampung yang dicari pun tak dak gak. Last2 beli ayam kampung di pasar Taiping. Yang bestnya masa p pasar ni me ternampak 1 signboard yang buat me tersenyum. Signboard tu tulis 'Kedai Haji Hassan'.... hehee... kedai bapak me ler, leh amik barang free nih... perasan tul. Nama kedai tu sama nama ngan arwah bapak me, Haji Hassan.. tu yang perasan sekejap tu.

Hari Isnin, mak mertua me ajak pi pasar pagi di Padang Rengas, me tanya ada orang jual barang2 antik tak... pak mertua me kata ada. Me seronok ler dengar.... siap ke perli lagi ngan en husband lagi.  Sampai di sana, me tengok memang ada orang jual barang terpakai/antik tapi tak banyak dan takde pun pml. En. husband sempat merembat lastik kayu yang jadi permainan masa kecik2 dulu.

Tengaharinye kami p hospital Taiping melawat Pak Teh (adik pak) yg masuk hospital. Balik dari hospital sempat lagi menyinggah ke kedai apek. Kedai ni me tak penah p pun...tu yang nak singgah tu. Pinggan mangkuk porselin lama memang dah elek dah, yg ada semua repro punya. Me beli mangkuk ayan comel, 3 ketui rm 7.

Malamnye en husband ajak p pasar malam di Simpang.... nak cari makanan utk makan malam, al maklumlahkan... menantu yg sorang nikan terlebih terre bab masak memasak ni. So... membeli ajer le kejernye. Kat pasar malam ni memang banyak pun orang jual makanan tapi tah... tak rasa berminat pun. Last2 beli sate jer. En. husband beli nasi lemak. Mak kirim beli laksam tapi takde la plak. Belikan mak & pak pau & pisang sbb diaorng tak berapa lalu  nak makan.

Pusing2 kat pasar malam tu... hehee tak sangka la plak ada gak orang jual barang2 antik & ada sorang tu jual pml... heee seronoknya. Me beli 3 biji gelas lama ngan harga RM 5 jer... cam tak caye la plak. Mula2 tanya berapa rm, adik tu kata rm 5. Me tanya sebiji rm 5.... dia kata 'tak... semua rm 5'. Terkedu sekejap me dengor.... bior betul nih. Me terus jer suruh adik tu bungkus. Wahhh... bestnyer. Kat blog mau rm 10 sebiji. Ni la yang dinamakan rezeki. Alhamdulillah.

Bestla kat Taiping ni, asal ada jer pasar... tak kira la pasar tani ke, pasar minggu ke, pasar pagi ke or pasar malam... ada jer orang meniaga barang2 karat/antik/pml. Tu yang wat me rajin bebeno nak ke pasar2 ni.

Selasa, hari cuti terakhir me. Hari ni tak kemane pun. Pagi wat sarapan...goreng pisang jer, pas tu kemas rumah dalam & luar. Lepas zohor kami bertolak balik ke S. Alam. Dalam perjalanan balik singgah ke Cameron Highland... naik dari Simpang Pulai. Dalam perjalanan naik tu, hujan turun punya la lebat. Kalau la dari bawah hujan lebat cam tu... sure tak naik punya. Kami teruskan jer perjalanan naik sebab dah separuh jalankan. Alhamdulillah sampai kat atas hujan dan berenti... setakat gerimis jer cikit. Singgah beli teh, madu. Lepas tu g makan. Sejuk sangat sebab hujankan. Kabus tebal. Lepas makan teruskan perjalan turun... tak p mane2 pun sbb dah petang & nak turun sebelum gelap. Dalam perjalanan turun singgah sekejap kat 1 kedai ni... beli fridge magnet (tak sah kalau tak beli fm bila p c.highland), bunga & limau. Singgah sat depan Bharat Teh amik gamba ladang teh. Pastu terus turun ikut Tapah. Sampai di S. Alam lebih kurang kul 10.00. 

Jom ler kita layan gambo2 hasil hunting me yang tak seberape nih.

Suasana d pasar karat Kamunting


Tarmos air lama, BK kat belakang tu nak enterprame gak

mangkuk ayan comel

Gelas lama yang cun melecun

teko BK Cina

lastik en husband


Ni ler kedai Haji Hassan tu, juai santan jer

Cameron Valley - Bharat Tea Plantation

Pemandangan di Ladang Teh


Ni barang2 wajib beli bila ke Cameron Highland - Munga, Teh & FM





















No comments:

Post a Comment