Hani's Precious

Monday, December 29, 2014

Itik Makan Angin

As Salam...

Haaa.... Me jumpe budak2 ni kat highway mase odw balik ke KL dari Taiping tu hari. Kereta banyak hari tu, so jalan pun leh tahan kelembapannyer, so sempat laa amik gambo depa ni. Me suke tengok... comel jer memasing tapi biasa laa kalau duduk belakang lori itik or ayam ni, siap laa bulu2 depa berterbangan. Me terpikir, cian itik2 yang duduk kat bahagian dalam tu kan... tak dapat nak tengok luar.. kalau manusia dah lemas agaknyer.

Suke pun suke jugak tapi kesian pun ia jugak sebab macam kawan IG me Kak Faridah cakap.. Ni perjalanan terahkhir depa. Title entry me kalau yang lebih tepat ialah 'Itik Makan Angin Sebelum Kena Makan'.  Huhuuu... cian ler pulakkan.. cam zalim gitew. Tak sampai ati nak letak title cam tu.

Itik2 comel


Nak wat camane... dah lumrah alam macam tu. Depa dijadikan tuk jadik makanan kepada manusia. 

Saturday, December 27, 2014

Keje Orang Kebosanan

As Salam...

Ni keje orang kebosanan duk dalam kete sebab perjalanan yang lembap... rupa2nyer ader accident kat depan tu, patut ler slow semacam jer.

Bile dah bosan... pikir laa nak wat aper nak hilangkan bosan. Teringat kat mende ni sebab sebelum balik ke kampung ri tu kami pi kenduri kahwin dulu, so dapat la mende2 ni.

Haaa... ni ler keje orang yang tak de keje tu

Sambil2 tu pikir... nak wat aper laa bekas telur ni nanti. Nak buang sayang, nak simpan dah banyak sangat dah menyimpan mende2 gini


Hmmm... tak dapat jawapan lagi. Last2 simpan jer kat dalam kete, letak kat belakang kete tu pun cantik jugakkan wat hiasan.

Friday, December 26, 2014

Trobek @ Bekfest & Dinner Itu Hari

Salam Sejahtera...

Nak gak throwback gitew.. Hahaaa. Saje jer sebab dah amik gambokan, masukkan jer laa dalam blog wat kenangan mase tua... jangan duduk rumah seri kenangan masa tua nanti dah ler.

Ni dinner kami kat Restoran Iman kat tepi jalan lama dari Seremban nak balik ke KL. Dah 2 kali kami berenti makan kat sini sebab servicenyer yang cepat, makanannyer yang sedap, harga yang berpatutan & tempatnyer yang bersih. Belum sempat duduk betul2 lagi waiter dah datang kat meja kita. Excellent gitew. Makanan pun cepat jer dapat.

Menu yang kami oder tu hari : Nasi putih, sup daging, burung puyuh goreng berlada, kangkung goreng belacan. Me amik air barli suam & tak ingat somi oder air ape tah

Yang ni pulak kaminyer sarapan ri tu. Rase cam dah lame sangat tak makan mee hoon goreng. Tu yang buat tu. Me guna mee hoon jenama Faiza. Jom sokong produk kuaran bumiputera, suci & halal. N me goreng jugak cucur badak segera yang sedap itew

Okay selesai citer trobek untuk hari ini. Eerrr... sebenornyer me tak berape nak ingat name kedai makan yang me singgah tu Restoran Iman ke or Iman Seafood. Pepehal pun nama Iman tu memang ader. So sape2 yang ikut jalan lama dari Seremban sebelum masuk ke lebuhraya Lekas tu leh ler singgah kat kedai makan ni. Kalau dari Seremban, kedai tu kat belah kanan.

Wednesday, December 24, 2014

Daun Kesum

Salam Sejahtera...

Tersangat laa suburnya pokok2 kesum kat rumah abang me ni. Geram sangat tengok... kat kampung macam2 leh tanamkan, hidup subur merebak meluaskan kawasannyer... sampaikan tak termakan. Kalau kat KL seme nak kene beli. Kat pasar tu daun kesum seikat dah RM1.00.. ader laa beberape tangkai gitew. Kadang2 dapat yang subur... Lebar2 daun dier tapi kadang2 tu kurus kering jer daun kesumnyer... Dah nak guna, beli laa jugakkan. Sekarang ni me tengah cuba tanam pokok kesum ni dalam pasu kat rumah me. Mudah2an boleh hidup... Tak yah laa nak membeli daun kesum lepas ni.


Me guna daun kesum ni tuk masak asam pedas jer pun... tak pandai nak guna tuk masakan lain tapi hari tu tengok my SIL masukkan daun kesum dalam masak lemak kuning ikan. Nanti nak try buat jugak sebab dier kata kuah lemak tu lebih wangi gitew. 

Bunga Jambu Air

Salam Sejahtera...

Suke me tengok bunga2 pokok jambu air ni. Walaupun simple tapi tetap mempunyai keindahannyer yang tersendiri. Maha kaya Allah yang menjadikan setiap sesuatu. Ni pokok jambu air kat rumah abang me di Muo, pi rumah dier hari tu tolong petik rambutan tapi tak sempat nak amik gambo buah2 rambutan tu... cepat jer Atam sumbat masuk dalam plastik. Ishhh... tak bagi can langsung laa... dier pun bosan kot tengok me ni tak sudah2 amik gambo jer... Hahahaaa...

Bunga jambu air yang cantik


Ni yang belum kembang lagi

Okeh... kita tunggu buah2 jambu air ni masak pulak ya...

Tuesday, December 23, 2014

Ros Sayang Ku Salmah

As Salam...

Me namakan bunga ros yang sangat laa wanginyer ni 'Ros Sayang Ku Salmah' sempena nama arwah mak me yang tanam pokok bunga ros ni dulu. Dulu wanenyer soft pink tapi sekarang dah berubah jadi wane merah. Puas laa  me  pikir macamane wane dier leh berubah dari soft pink ke wane yang sekarang tu. Biler me ingat2kan semula... dulu kalau tak silap me memang arwah mak ader tanam satu lagi pokok ros yang wane dier merah cam tu tapi bunga yang merah tu takde bau wangi langsung & pokok dier pun dah mati. Agaknyer berlaku proses pendebungaan ke, aper ke kan... tu yang wane dier bertukar daripada soft pink ke merah ikut wane bunga yang satu lagi tapi bau wangi dier tetap maintain.

Ni la wane yang asal. Seb baik me ader simpan gambo ni dulu. Bleh wat perbandingan ngan yang sekarang

Sekarang... Terang merah wanenyer



Tak pelikkan tu semua berlaku.. tu semuakan kuasa Allah. Kun Fa Yaa Kun!!

Monday, December 22, 2014

Anak Angkat Atam

Assalamualaikum...

Ni laa anak angkat kakak me... walaupun tanpa kerelaannyer... Hahahaaa.

Me layan jer ibu & 5 budak itam ni. Depa ni antara mende pertama yang me cari kalau balik ke kampung. Ibu ni dah banyak kali beranak tapi anak2 dier semua mati. Mati kena makan ngan bapak kuncing, sakit, kena langgar kete... Hmmm cian ibu tapi dier ni produktif... asyik keje ngandung & beranak jer. Ibu ni kalau beranak asyik kaler hitam jer anak dier.. mesti somi dier hitam ler tu kan. Sebelum ni ader gak satu dua yang ikut kaler dier tapi kali ni semua ikut kaler bapak.
 
Satu hal ibu ni kan... suker sangat duk kat tempat yang tah aper2. Orang dah sediakan kotak & alas ngan kain lagi tapi dier tetap nak letak anak2 dier kat tempat kotor & bersepah tu. Pastu kedekut pait nak bagi orang tengok anak2 dier. Cam ler orang nak amikkan (tapi memang pun me nak amik wat main kalau dier bagi... Hahaa). Ni mujur ler tah aper mood baik dier nak bagi orang tengok ni haa. Tapi esok  paginyer bile kami pi tengok semula... dah takde dah kat tepi stor luar rumah tu. Tah kat mane laa disoroknyer budak2 itam tu kan.

Ibu & Budak2 Itam bermata biru

Seb baik laa ader jugak wane putih cikit2... kalau tak terus hitam legam budak2 kecik ni

 
Okay ibu & budak2 itam.. jumpe awak semua nanti 25hb ni ya. Tunggu me balik tau.
 

Sunday, December 21, 2014

Cendawan Tekukur

As Salam...

Selamat berhujung minggu.. dah nak hujung taun dah kan. Sekejap jer rase 2014 ni berlalu.
 
Cendawan tekukur ni rasenyer budak2 laa ni mesti ramai yang tak kenal. Me pun dah jarang jumpa cendawan ni sekarang. Kalau ader sesekali jumpe pun kat pasar malam... orang indon jual, sepiring rm5 kot tapi takut nak beli sebab tak pasti kebersihannyer. Yang kat gambo ni me jumpe mase balik ke kampung Muo tu hari. Selalunyer balik kampung takde pun tapi gaknyer sekarang ni kan musim hujan & ader pulak batang pokok kayu mati... so memang sesuai sangat laa tempat dier tumbuh.
 
Lame sungguh me tak makan cendawan ni. Ingat zaman kanak2 dulu.. kami dok kutip cendawan ni kat batang2 pokok getah yang dah ditebang. Kene amik cendawan ni waktu yang sesuai, jangan kecik sangat & jangan tua sangat, kalau tua nanti dia liat... puas laa pulak nak mengunyah.
 
Hepi rase dapat kutip cendawan tekukur ni.
 
Cendawan ni tumbuh kat batang pokok mempelam yang abang me tebang beberape bulan yang lepas




Dan ini hasilnyer. Cendawan terkukur goreng dicampur dengan bawang, lada hijau, kacang botol & daging. Yang ni version tak campur santan, seingat me dulu arwah mak masak dia akan letak santan pekat sikit.
 
Yang ni Atam yang masak, adik dier ni tukang makan jer. Punya la  teruja nak makan cendawan yang dah bertaun2 me tak makan ni. Memang sedappp... sambil makan sambil teringat kisah dulu2... zaman anak2. Nostalgia gitew :D.
 
 

Saturday, December 20, 2014

Ros Jepun @ Portulaca

Assalamualaikum...

Me bersiaran kembali... Heee...kononnnn. Biasa la tenggelam timbul gitew. Banyak jer citer nak entry tapi cam biasa laa kan, malas nak transfer gambo ke notebook tapi banyak gambo2 ni me dah upload kat instagram. Macam2 mane pun me nak gak wat entry kat blog... tak kisah ler.. lambat pun.

Sekarang ni dah femes semula bunga ros jepun ni or nama mat sallehnyer Portulaca. Dulu seingat me penah dah femes bunga ni, memasing la sibuk tanam kat rumah diaorang... pastu hilang. Sekarang ni dah timbul semula. Ader macam2 wane & design bunga ni.

Ni bunga2 ros jepun yang Atam tanam kat rumah Muo. Me tengok senang jer Atam tanam pokok bunga ni. Patahkan dari pokok bunga asal, cucuk kat pasu lain & dalam beberape hari pastu dah start kuo bunga dah.



 

 
Ader lagi jenis & wane yang lain selain daripada yang kat gambo ni tapi me tak amik ler pulak gambonyer. Next time la yer kalau rajin.