Hani's Precious

Friday, May 23, 2014

Muar Yang Mengamit Kenangan

As Salam..

Lepas kenduri Huda & Isa di Segamat hari tu, lame jugak me duk kat Muo hari, sebabnyer En Somi pi berkursus di Bukit Fraser. Duk rumah pun sorang2, baik me duk jer kat kampong... banyak aktiviti leh buat. Antaranyer temankan  Atam  pi kedai jahit yang memang dier selalu pegi untuk beli barang2 jahitan tu. Dari me sekolah rendah lagi me selalu teman Atam pegi ke kedai ni, dulu sebelah kedai jahitan ni kedai barang2 runcit & me akan mintak Atam belikan vitagen sebagai upah... hahaaa...
 
Antara deretan kedai2 lama kat bando Muo. Tak banyak pembangunan kat dalam bando ni... dah takde kawasan nak dibangunkan, tu sebab banyak kedai2 lama. Dah pack gitu sebab tu ader orang gelarkan Muo ni bandar mati


Ni laa kedai alat2 jahitan tu.. Dulu2 selain beli barangan jahitan, tujuan utama Atam ke kedai ni ialah untuk jahit tepi kain2 yang dah dipotong tu sebelum dicantumkan untuk jadi baju 

 
Dah tua dah anak2 apek kedai ni, apek ngan nonya pun dah lama berhijrah ke alam lain. Macam tu laa jugak me tengok kedai ni, tak nampak ader perubahan pun

Haaa... ni satu lagi kedai nostalgia me. Kedai pinggan mangkuk kat Jalan Abdullah. Suke sangat me mengikut arwah mak & Atam ke kedai ni... macam2 ader. Mase me tengah demam PML dulu tu, me ader gak pi kedai ni cari barang2 lama tapi dah takde sangat dah PML.. me cume dapat beberape biji kole ayan yang saiz dia sangat comel
 
Odw nak bersarapan kat kedai sate Maharani (kedai sate yang sangat femes kat Muo tu), kami lalu kat depan landmark bando Muo... menara Muo kat depan Jambatan lama Muo tu. Me tak suke wane ni, nampak buruk... wane sebelum ni lagi ceria

 
Sampai sudah di kedai Sate Maharani. Kami masuk ikut bahagian belakang kedai... cantik kat bahagian belakang ni... macam taman. Biasanyer kalau makan kat kedai ni, me suke duduk kat bahagian belakang ni, bersarapan dalam taman gitew tapi me tengok hari tu macam penuh sudah, bile masuk ke dalam pun hampir penuh tapi kami dapat la duduk kat satu sudut tu


Sarapan kami pagi tu... dah semestinyer laa sate kan, sarapan femes orang Muo & me oder jugak lontong. Minuman, me oder air bali, memang best air bali dier.
 
Sarapan femes yang lain tu ialah mee rebus, nasi lemak daun pisang, nasi ambang, roti bakar & ader jugak kuih muih.
 
Sate ni sate campur... maksudnyer ader sate ayam, daging, perut, paru dalam 1 pinggan. Takyah cakap nak sate aper, diaorang memang akan serve terus sate campur macam tu.  Caj dikenakan berdasarkan berape lidi sate yang dimakan, yang tak abis kat dalam pinggan tak akan dikira
 
Tapi sekarang dah semakin banyak kedai2 sate yang dibukak kat bando Muo ni tapi kedai sate Maharani ni tetap jugak ramai pengunjung.

No comments:

Post a Comment