Hani's Precious

Wednesday, July 11, 2012

Anas's Semi Big Day

As Salam...

Sebenornyer dah 2 minggu lebih majlis pernikahan  (29/6/2012) & kenduri doa selamat (30/6/2012) untuk anak saudara me  Anas & Resty. Majlis pernikahan di Rawang, Selangor & majlis kenduri doa selamat di Muar, Johor. Baru ni jer me dapat wat n3 ni.

Semi Big Day? Nape semi pulak yer... sebabnyer majlis besarnya akan diadakan pada bulan Disember nanti,  sekali ngan majlis perkahwinan Azri. Lagi sekali laa, rumah Atam di kampung akan jadi riuh rendah. Kaum kuarga me pun dah cukup riuh rendahnyer, kuarga besor le katekan.

Ni antara gamba2 pengantin yang me copy dari fb. Mase kenduri tu kan me sibuk, so tak dan nak amik gamba & malas pun nak menyibuk2 nak amik gamba kat depan tu.

Pengantin Baru - Anas & Resty

Tradisi kuarga kami, potong kambing golek bukan potong kek tapi kali ni tak dapat nak buat sekor kambing sebab mase beli tu kambingnyer dah dipotong2



 Haa... sekarang ada dah orang tolong lapkan peluh... heee...

Doa dari me semoga Anas & Resty berbahagia selalu hingga ke akhir hayat. 'Berbahagia' yang bermaksud - Mendapat keredhaan Allah & diberikan kesenangan, kedamaian di dunia dan akhirat.  Aminnn!!!

No comments:

Post a Comment