Hani's Precious

Sunday, June 3, 2012

Hari Terbuka TUDM

Assalamualaikum...

Hari ni 3hb. Jun 2012, hari terbuka TUDM yang diadakan di TUDM Subang. Antara acaranyer ialah pameran kapal2 terbang & jet2 pejuang yang digunakan oleh TUDM & jugak ada pertunjukkan udara. 

Semenjak me duduk sini dah berape kali di adakan tapi ni lah kali pertama me pi ke pameran & tengok pertunjukkan tu. Sebenornyer me maleh nak pi sebab me tak berape minat ler mende2 camni & tengok dari balcony dapur rumah me pun leh nampak pertunjukkan udara tu. Lagipun ngan cuaca yang panas terik tu wat me pikir banyak kali ler nak pi. Tapi en asben cakap, orang dari luar berduyun2 datang, kita yang duduk kat dalam x nak pi. Memang pun setiap kali ada pertunjukkan & pameran memang ramai berduyun orang2 luar datang masuk ke pangkalan udara ni. Sampaikan me tengok macam pi picnic lak diaorang.

Bile en asben dah cakap macam tu, me pi la jugak. Aduhai!!!... terpakse ler me berjemur di bawah kepanasan mentari tu yang dah sah2 akan menyebabkan blusher kuar kat kedua2 pipi me ni. Kami berjalan kaki jer dari rumah ke tempat pertunjukkan tu. Diaorang ada sediakan shuttle bas tapi en asben me tu ajak jalan kaki jer.

Mase tu baru kol 10 lebih tapi cuaca memang terang & panas terik. Orang yang datang memang dah ramai dah, padang kat sebelah rumah me pun dah jadik tempat parking kete.

Ni shuttle bas yang disediakan untuk pengunjung pi ke tempat pameran

Gerai2 jualan... macam2 ada


Cup cake yang cute ni menarik perhatian me... tapi setakat amik gamba jer laa

Panas & bersesak2... keadaan yang me tak suker tapi terpaksa tempuh jugak

Pertunjukan dimulakan dengan heli ni dan ada 6 orang yang bergagut pada tali tu

Dan seterusnyer pertunjukkan jet2 pejuang TUDM dengan aksi2 yang mengagumkan dan bunyi yang memekakkan telinga





Ni antara sebahagian jet & kapal terbang yang dipamerkan  







 Ni la dier pilot2 jet pejuang tu bersama dengan PTU (Panglima Tentera Udara)

 Banner Hari Ulang Tahun TUDM ke 54

 Yang ni anggota2 yang wat persembahan guna heli tu bersame adik2 kecil 

Tah robot aper tersesat kat dalam pameran ni

Kenderaan & peralatan tentera yang dipamerkan

Ni sebenornyer me nak amik gamba peralatan kat belakang tu tapi nak nunggu takde orang tak usah mimpi ler, so amik jer lah gambo tu


Abuzar tengah mencuba salah satu peralatan yang dipamerkan

Haa... naik dik naik.... pas ni korang semua tak dak peluang dah nak naik trak sekar ni kecuali ler hang pa semua jadi sekar jugak

Abuzar berlatar belakangkan poster TUDM

Ni ler pakaian pilot TUDM mase dia orang menerbangkan jet pejuang tu


Depa ni dok mencube aksi yang dibuat menggunakan heli masa pertunjukkan tu


Haa... amikk ko... berpicnic 2 gitu di dalam hangar ni... ingat senang nak masuk ke sini. Dah dapat peluang masuk amik ler kesempatan dak

Oker ler...rasanyer ni ler kali pertama & terakhir me gi ke pertunjukkan ni. Next time kalau ada lagi me tengok jer laa pertunjukan udara dari balcony dapur rumah me tu. Tak yah berpanas2... heee...

Wassalam...

No comments:

Post a Comment