Hani's Precious

Saturday, January 21, 2012

Everybody Should Love Cats

Geram, Marah, Sedih.... semua ada. Naper me jadik camtu???? Sebabnyer ada manusia yang tak berhati perut dan tak berperasaan pada haiwan selembut dan secomel kucing.... haiwan kesayangan me.

Citernyer... malam semalam, lepas balik kejer, me & en hasben pi makan di sebuah restoren ni. Hajat hati nak makan nasi beriani, ya laa dah nama kedai dier tu tulis Nasi Beriani *******, mesti laa ada nasi beriani. Bila duduk & oder, waiter bgtau nasi beriani dah abis. Frustnyer... dah tau nama kedai tu tulis Nasi Beriani... wat lah banyak2. Orang bukan nak makan nasi beriani sianghari jerkan. Pas tu dah tak tau nak makan ape. Belek punya belek, oder la nasi goreng cendawan, siap pesan lagi suruh letak cendawan banyak2. Waiter amik oder & masuk ke belakang restoran. Tak berape minit, kuar pulak sorang lagi bagitau cendawan takde.  Adusss... me geram dah ni, siap cakap gilah beli, dekat2 ni kan ada pasarmini. Memang ada 2 pasar mini pun sederet ngan restoren dier tu. Wat muke sengih2 cam kerang busuk lak dier. Last2 tak tau nak makan ape, oder nasi ayam jer.

Tapi yang buat me geram, marah dan sedih tu bukan sebab tak dapat nasi beriani or nasi goreng cendawan tapi sikap manusia yang sombong, bongkak & tak de perasaan tu. Kat depan restoren tu, masa me sampai memang ada 3 ekor anak kucing, me turun2 kete terus pegi dapatkan anak2 kucing tu. Suka tengok, me kan tak leh nampak kucing, rase cam nak amik jer bawak balik.

Mase me tengah makan, anak2 kucing yang memang tengah galak bermain tu masuk ke dalam restoren dan buat bunyi mengiau yang agak kuat. Tokey kedai tu marah, dia ketuk2 rak2 yang tempat dia letakkan makanan tu dengan kuat dan bising, halau anak2 kucing tu. Me geram tengok perangai dier. Lain la kalau yang masuk kedai ko tu tikus ke, ulo ke takpe laa ko nak bising2 halau diorang kuar.Tak boleh ke kuarkan anak2 kucing tu baik2 or bagi la depa makan sisa2 ikan ke, ayam ke. Tak bangkrapnyer kedai ko kalau bagi kucing makan, dapat pahala lagi ada.  Besor pahala ko kalau bagi kucing makan tau.

Me geram betul tengok perangai dia. Membebel2 mulut me sambil makan nasi ayam yang setakat "Bolehhhh laaa" tu. Mase nak balik me tengok anak2 kucing tu dah duduk kat bawah tangga....ciannn diaorang!!

Moral of the story : Sayangilah kucing tak kira di mana mereka berada hatta kucing kurap sekalipun.

 Gamba ihsan dari Google

No comments:

Post a Comment