Me balik ke Muar cuti Krimas baru ni. Kami sampai di Muar petang Sabtu (24/12/2011).
Esoknye p kenduri kawin anak sepupu (Abdullah, anak arwah abang Mail). Lepas balik dari kenduri, kami ke Bukit Pasir, beli durian.... best sangat dapat durian tembaga yang isinyer kale oren tuu, RM 6 jer sebijik. Lepas beli durian kami melakukan misi seterusnye iaitu mencari barang antik. Misi ni dah dirancang seminggu sebelum tu... mase Atam n Pak Tam datang ke KL hari tu. Pak Tam dulu penah meniaga barang2 antik..... tu sebab dia banyak kenalan dengan peniaga dan pengumpul barang2 antik ni. Misi pertama, kami pegi ke Kampung Kelantan, ke salah sebuah Teratak Antik kenalan Pak Tam tapi sayangnye tuan punya rumah takde di rumah. So, tak dapat ler nak explore barang2 antik kat rumah dier tu. Me cuma dapat tengok barang2 yang dipamirkan di luar rumah jer, yang me ingat ada beca & ada jugak basikal posmen lama yang kaler merah tu.
Lepas tu Pak Tam bawak ke satu tempat lagi rumah kawan seantik dier tapi yang ni specialist dalam membaiki perabut2 lama. Pucuk dicita ulam mendatang sebabnyer me memang tengah mencari almari lama nak wat letak PML me tu. Nama kawan Pak Tam ni En. Ayub n rumah dia tak jauh dari rumah Abang Ngah me di Parit Keroma. Selain daripada baiki perabut2 lama, En Ayub ada jugak barang2 antik yang lain cam PML, mesin jahit n TV lama, gamba2 lama, tin toys dll. Memang banyak almari2 lama kat rumah dia, sebahagiannye orang hantar untuk dibaiki dan sebahagiannya memang untuk dijual. Kalau ikutkan ati me, memang me boleh duduk lame kat situ tapi disebabkan p dengan orang yang tak minat barang antik, so kena la cepat2. Pusing punya pusing me jumpa 2 almari yang sesuai untuk diletak PML me tu. Satu alamri tu 1 pintu dan satu lagi 2 pintu tapi yang 2 pintu ni kecik cikit so me amik yang 1 pintu tu. Rege?....hmmm... cam tak banyak beza jer ngan kat amrcorp mall tapi pikir puya pikir amik jerlah sebab lagi lama nanti lagi mahal.
Tapi sayang seribu kali sayang me tak berpeluang amik gamba kat teratak en Ayub ni. Yang lawaknye me bawak kamera tapi boleh tak ingat bateri dah dikeluarkan untuk dicharge. Yang me terkilan sangat sebab tak dapat nak amik gamba almari yang me beli tu sebelum dia dimakeover. Hisss... rugi ler. N terkilan gak tak dapat nak amik gamba ukiran2 kayu di rumah en Ayub yang sememangnyer cantik dan antik pada me, gamba2 perabut2 lama tu dan jugak barang2 antik yang lain.... nak wat camane takde rezeki ler tu.
Hee... panjang lebar cite me ni... sebenornye tajuk entri tu berkenaan ngan menda yang me nak cite sat lagi ni, yang me memang tak sangka sangat bleh dapat. Dah biasa gak tengok pada koleksi pengumpul2 PML tapi me memang tak terpikir leh dapat menda ni sebab rasenyer agak rare mende ni. Hari tu lepas me kedepan kebelakang mencari almari lama tu me pi pulak ke bahagian kiri rumah en Ayub, tempat ni dia letakkan sebahagian barang2 antik dier. Dalam membelek2 tu dengan tak disangka2 ternampak mende ni... nak amik tak nak... nak amik tak nak... tapi mende ni memang susah nak jumpa. Last2 amik gak. Menda ni mungkin takde ape2 n tah ape2 jugak bagi orang yang tak minat tapi bagi me setidak2nye ianya boleh jadi pelengkap koleksi me (walaupun sebenornya banyak lagi yang takde). Sememangnyer me tak suka dengan orang yang menggunakan menda ni sebab mende ni ada kaitan dengan barang yang me benci, menyampah n tak suka tu tapi disebabkan nak melengkapkan koleksi, me amik jugak. Cer teka apa dier menda tu.
Haaa nilah menda tu.... astray bunga kangkung!! mane nak cari, kalau ada pun mesti mahal regernyer.

No comments:
Post a Comment