Hani's Precious

Thursday, July 28, 2011

Malaysia VS Singapore

Sukan Untuk Negara...

Tak tau la nape lately ni me terminat lak ngan bola sepak. Rasanye ni semua impact dari en husben yang rajin bukak siaran sukan kat tv tu. Sebabnya bile dia dah bukak siaran sukan tu, me dah tak boleh la nak tengok siaran lain.... so, lama2 terminat la pulak.

Perlawanan bolasepak di antara Malaysia & Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ni. Company me wat offer tiket 1/2 price, me cam semangat gak nak pegi tapi en hasben tak nak la pulak. Malas, ramai orang & tengok dari jauh katanyer. Betul gakkan... kalau tengok depan tv.... nampak jelas & leh rilek2, makan2... baring2... ikut suka la ape nak buat. Tapi kalau tengok kat stadium best gak.... lebih feeling & rasa lebih semangat gitu. Takpe lah tengok depan tv jer... jimat ckit duit.

Masa perlawanan pertama di Singapore minggu lepas memang me rasa sakit ati jer... lebih2 lagi tengok penjaga gol Mesia tu... boleh dia tengok jer bola tu masuk ke jaring gol, bukan sekali tapi berkali2 tuu. Dah kena pukau kot...hee.

Ni gamba2 masa perlawangan Malaysia - Singapore di stadium Bukit Jalil dengan kesudahan yang mengecewakan lagi sbb Mesia kalah dengan aggegrate 6 - 4, so tak dapat la masuk ke pusingan seterusnya.

Ni tiket perlawanan malam ni


Penonton membanjiri stadium bukit jalil

Para pengadil dari Jepun

Senarai pemain Mesia

Senarai pemain Singapore



Malaysia mendahului 1 - 0 hasil gol daripada Safie Sali


Khairul Fahmi yang sememangnye cemerlang semasa perlawanan ni

No comments:

Post a Comment