N3 kali ni mengenai acuan kuih putu kacang yang dibuat dari kayu. Me penah n3 sebelum2 ni tapi kali ni n3 khas untuk dier ajer.
Masa me kecik2 dulu, memang setiap kali nak raya, arwah mak me akan buat kuih putu kacang ni. Mak me panggil kuih ni kuih koye. Kuih ni kuih peberet dia & juga arwah atuk me. Me kureng minat ckit sebab kuih ni manis. Bahan2nya simple jer iaitu kacang hijau yang dah dikisar sampai jadi cam tepung & gula pasir yang dah dikisar. 2 bahan ni dicampur & digaul sampai mesra... kemudian mak me akan semburkan cikit2 ngan air sebab nak bagi lembab2 supaya lebih sebati dan senang dibentuk. Tak de laa berderai nanti bila dah diketuk keluar dari acuan.
Bila dah digaulkan mesra cam tu boleh ler dimasukkan ke dalam acuannyer. Masukkan tu takde masalah tapi bab nak bagi dia mampat tu yang agak mencabar ckit sebabnya kena tekan kuat2 nak bagi betul2 mampat supaya tak berderai masa keluarkan dari acuan nanti. Me ingat lagi... sampai merah2 & sakit ibujari menekan adunan tu kedalam acuan. Bila dah rasa betul2 padat, haa ketuk laa acuan tu untuk keluarkan kuih. Bab ni yang paling best sekali.... suka sangat tengok kuih yang dah dikeluarkan dari acuan....comel sangat...cute miut gitew.
Bila dah siap, kuih2 ni, mak me aturkan dalam dulang & lepas tu jemur kat bawah cahaya matahari. Tujuannya nak bagi kuih tu lagi keras. Tapikan seingat me kuih ni memang keras ler. Bila makan kena kemam dalam mulut bagi lembut dulu. Kalau terus gigit mesti sakit gak gigi. Bila dah okay, simpan le dalam bekas or balang kuih. N bila dah dekat2 nak raya, me akan follow arwah mak p rumah atuk untuk hantar kuih yang dah siap. Kalau tak sempat hantar sebelum raya, kami akan bawak pada pagi hari raya bersama2 kuih2 yang lain.
Seronok sangat bila mengingatkan masa kecik2 dulu. Rasa cam nak balik ke masa tu jer... tapikan laa ni me rasa cam dah nak menangis dah ni.. sedih & rindu terkenangkan arwah mak me.
Ape2 pun jom kita layan gamba acuan kuih putu kacang ni.
yang ni beli di pasar karat stadium shah alam - rm 5
Close up corak acuan, kemas buatannye
ni pun beli di pasar karat stadium gak - rm 5 gak tapi saiz acuan kecik ckit. suka tengok ukiran tu
yang ni paling kecik, beli di pasar karat kamunting - seketui rm 2 jer. Cam tak caye...cepat2 me suruh pakcik seller tu bungkus sebelum dia tukar rege
No comments:
Post a Comment